Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.
Piramid Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza, Mesir. Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah, dan menjadi bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi laluan pejalan kaki yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang kecil (digelar piramid permaisuri), lubang-lubang untuk mengebumikan bot-bot serta mastaba-mastaba untuk bangsawan.
Sewaktu pembinaannya, ketinggian Piramid Agung Kufu adalah setinggi 146.5 meter (481 kaki), akan tetapi disebabkan hakisan dan pencurian batu yang berada di kedudukan atas, ketinggian kini adalah pada 139 meter (455 kaki). Setiap sisi pada kaki piramid berukuran 231 meter (758 kaki) dan meliputi kawasan seluas 5.3 hektar (13 ekar).
VIDEO PYRAMID GIZA
No comments:
Post a Comment